Tuesday, September 12, 2017

Iota Pengganti Bitcoin?


Ramai sekarang yang dah tahu tentang kelebihan bitcoin dan juga blockchain.

tapi ramai tidak tahu kelemahan dan kekurangan bitcoin.

sini saya terangkan beberapa kelemahan yang sampai sekarang developer bitcoin hadapi,

1. Transaksi slow



Bitcoin limit sebab size blockchain, so kalau size kecil hanya bilangan yang kecil boleh dilaksanakan setiap saat, jadi cadangan yang disarankan adalah upgrade block size ke 2mb, tapi ini akan memberatkan miner kecilan dan hasilnya hanya miner besar akan mendominasi market.

Jadi walaupon block size mungkin akan upgrade, tapi pada masa akan datang tetap akan slow.
Solusinya adalah sentiasa upgrade block size. ini akan ada

baca sini 



2. Cas transaksi semakin mahal

Setiap penghantaran bitcoin memerlukan sedikit cas, dulu ketika awal penciptaan fee dinilai dengan pecahan sen dolar malah lebih kecil.

Tetapi dengan kenaikan nilai bitcoin yang tinggi ketika ini RM 18000 mengakibatkan cas setiap transaksi mencapai sehingga RM 5~8 .

cas > nilai hantaran

baca sini



3. Tak sesuai untuk transaksi micro .

Dengan gabungan slow transaksi dan cas yang mahal, pengguna tidak lagi boleh menghantar nilai 1 sen menggunakan bitcoin, disebabkan cas yang mahal.

cas

dan jika pengguna memilih untuk membayar cas transaksi minima, masa yang diambil untuk proses penghantaran mungkin akan mengambil masa yang lama.


Jadi nya bitcoin sudah tidak seperti yang diharapkan semasa permulaan penciptaannya oleh satoshi nakamoto(bukan nama sebenar).

Tujuan bitcoin iaitu :
1. Transaksi laju merentasi seluruh dunia.
2. Cas transaksi yang murah
3. Micro transaksi.

Nampak tak begitu berbeza tujuan asal dan realiti sekarang ni.

Pada bulan Jun 2017,

Satu teknologi baru dicipta iaitu TANGLE dan token yang digunakan ialah IOTA.



Kelebihan IOTA ialah:

1. Tiada cas penghantaran .

Ini adalah satu-satunya  teknologi yang tidak cas penghantaran, jadi bagaimana teknologi ini berfungsi,

setiap transaksi yang dilakukan , mestilah mengesahkan 2 transaksi yang lain terdahulu.

Setiap pengguna adalah bertindak sebagai pemproses transaksi,

berbeza dengan bitcoin iaitu hanya Miner yang akan memperoses transaksi,

jadi setiap pengguna memerlukan pengguna lain dalam proses penghantaran IOTA.



2. Transaksi laju



Berbeza dengan blockchain, mempunyai saiz setiap block, dan hanya mampu memproses sehingga 8 transaksi setiap saat, IOTA menggunakan teknologi TANGLE iaitu semakin ramai pengguna yang melakukan transaksi semakin  laju proses transaksi.

setiap 1 transaksi mesti memproses hanya 2 transaksi lain.

tidak memberatkan pengguna dan juga tidak memberatkan node utama.


Buat masa sekarang teknologi iota masih dalam keadaan yang belum matang, dan masih banyak kajian dan inovasi yang akan menggunakan teknologi ini.

dalam jangkaan 5 tahun, iota akan menjadi bitcoin sekunder sebagai matawang internet sebenar.

Pada masa akan datang bitcoin ialah emas, dan hanya segelintir orang yang mampu menggunakan untuk pembelian bernilai tinggi,

dan IOTA adalah matawang sekunder untuk pembelian runcit dan servis kecilan yang mana bitcoin tidak mampu atas  faktor kekangan yang disebut di atas.